10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2021


 









    Berdasarkan pendapat saya berkaitan orang paling kaya di malaysia ialah:


10.TAN YU YEH (RM7.4 BILION)











   Beliau yang buat julung-julung kali dimasukkan dalam senarai Bilionair Dunia oleh Forbes berada di tempat ke-1750 dengan jumlah kekayaan bernilai AS$1.8 bilion(7.4 bilion).Pengasas MR DIY Group Berhad berusia 50 tahun ini meraih kekayaan hasil daripada perniagaan perkakasan tambah baik rumah yang diceburinya pada tahun 2015.Biarpun namanya kurang dikenali ramai namun perniagaan yang diusahakannya itu merupakan jenama yang sinonom dengan isi rumah Malaysia.



9.DATUK SERI LAU CHO KUN (RM9 BILION)








   Berada pada kedudukan 1,444 dalam senarai manusia Paling Kaya di Dunia 2021, Pemegang Saham Terbesar Hap Seng Consolidated berusia 85 tahun asal Sabah ini mempunyai kekayaan sekitar AS$2.2 bilion (RM9 bilion). Ia diperoleh hasil daripada kesungguhannya menguruskan Hap Seng Consolidated yang terlibat dalam pelbagai jenis pelaburan perniagaan seperti hartanah, perladangan, pinjaman kewangan, automotif, perniagaan baja dan bahan pembinaan.




8.TAN SRI LIM KOK THAY(RM11 BILION)












   Nilai kekayaan Pengerusi Genting Group ini dianggarkan berjumlah AS$2.7 bilion (RM11 bilion) pada tahun ini manakala kedudukannya dalam senarai Bilionair Dunia 2021 berada di tempat ke-1174. Hartawan berusia 69 tahun ini sinonim dengan empayar perniagaan kasino, pusat percutian dan ladang sawit yang diusahakan oleh mendiang ayahnya iaitu Tan Sri Lim Goh Tong sejak 1956. Perniagaan diwarisi itu turut dikembangkan hingga ke luar negara.



7.TAN SRI DR LIM WEE CHAI(RM14.4 BILION)










   Beliau membangunkan Top Glove bersama isterinya, Puan Sri Tong Siew Bee pada 1991 dan menjadikan syarikat tersebut awam pada 2001. Kini, syarikat yang menguasai 26 peratus pasaran sarung tangun getah dunia itu memberi pulangan lumayan sebanyak AS$3.5 bilion (RM14.4 bilion), sekali gus meletakkan nama Pengasas Top Glove Corporation berusia 63 tahun itu di tempat ke-859 dalam senarai Bilionair Dunia 2021 dan orang ketujuh terkaya di Malaysia.




6.KUAN KAM HOON (RM16 BILION)     



















   Pengasas Hartalega Holdingsberusia 73 tahun ini sekali lagi berjaya menempatkan namanya dalam senarai manusia paling kaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes. Berada pada kedudukan 752 pada tahun ini, kekayaan yang diperoleh dianggarkan bernilai AS$3.9 bilion (RM16 bilion). Bagaimanapun, beliau tidak mengautnya seorang diri, sebaliknya pendapatan syarikat yang diusahakan sejak 1988 itu turut dikongsi bersama adiknya iaitu Kuan Kam Peng.


5.TAN SRI KOON POH KEONG (RM16.4 BILION)











   Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal berusia 59 tahun ini berada di tempat ke-727 dalam senarai Bilionair Dunia 2021. Kekayaan dimiliki beliau pada tahun ini dianggarkan bernilai AS$4 bilion (RM16 bilion) hasil daripada pendapatan perniagaan aluminium yang diusahakannya. Syarikat yang dibangunkan pada 1986 itu kini berstatus sebagai pengeluar aluminium terbesar di Asia Tenggara yang bersaing dengan pengeluar utama lain di serata dunia lain.



     -SEMOGA KITA BOLEH BERJAYA MACAM MEREKA SEMUA DAN SALING TOLONG-MENOLONG TERHADAP ORANG YANG MEMERLUKAN-

Ulasan

Catatan Popular